Tuesday, June 2, 2009

YANG MANA BETUL

Sekarang ni terlalu banyak isu dibicarakan dalam media, terutamanya isu politik. Media elektronik macam ni... media konvensional macam tu, media baru pulak macam nih. Kekadang pening kepala memikirkan isu-isu yang dibicarakan. Sianu kata sipolan tu tak betul sebab kata dia tak betul. Sipolan pulak kata sianu tak betul sebab tak ikut fakta yang betul. Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah mahupun yang kering. Pada pikiran aku yang logik ni, dua-dua benang pun tak boleh tegak sebab takde tulang belakang. Tolonglah...lemas aku. Pikirkanlah isu-isu yang dapat membangunkan negara, macamana nak pulihkan ekonomi, nak satukan hubungan kaum yang sekarang ni nampak rapuh, nak perbaiki struktur kemudahan awam yang masih ketingalan zaman, dan yang paling penting bagaimana nak menstabilkan keamanan dan kemakmuran negara supaya rakyat dapat hidup dengan sempurna. Untuk mencapai segala yang aku perkatakan ni... satu cara saja iaitu...apa yang penting KERJASAMA.

No comments:

Post a Comment